CIKGU Izar

:: Makluman ::

Selamat Datang ke Blog SK (L) Bukit Bintang 2. Sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada sklbbintang2@gmail.com. Harap maklum.

22 May 2008

Sejarah



SEJARAH SEKOLAH.

Pada tahun 1883, Cik Langland dari England telah menubuhkan sekolah ini di Jalan Brickfield berpindah ke Jalan Hang Jebat dan akhirnya ke Jalan Bukit Bintang pada tahun 1930.

Cik Glasgow dan Cik Elena Cooke telah mendirikan sebuah sekolah “Bukit Bintang Boys School” di tapak yang ada sekarang.

Pada 7 MAC 1957, ia telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor ( Duli Yang Maha Mulia Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj ).

Dari seramai 326 orang murid dengan sembilan kelas pada tahun 1958 ia berkembang hingga menjadi 20 buah kelas dan seramai 781 orang murid pada tahun 1982.

Pada tahun 1964, sekolah ini dibahagi menjadi dua sekolah. Puan A.L. Macgregor menjadi Guru Besar yang pertama di sekolah dua.

Dalam tempoh 13 tahun, pada tahun 1964 sebanyak lima buah kelas dan 200 orang murid ia berkembang menjadi 19 buah kelas dan 937 orang murid.

Pada 1 FEBRUARI 1965, Encik Ang Chui Pek menjadi guru besar sehinggalah pada tahun 1982 dan digantikan oleh Encik Zainuddin Abdullah. Pada tahun 1985 beliau digantikan oleh Encik George Ngoh, seterusnya Encik Abdul Wahab Abdul Hamid, Encik Douglas Chang, Encik Mushahar Nordin, Puan Rohani Salleh, Puan Rokiah Muri, Puan Meenaloseene Arampoo dan kini Encik Abu Nazir Bani.

Lembaga pengurus sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan dipengerusikan oleh Encik David Angus sehingga tahun 1972. Beliau digantikan oleh Encik Lim Peng San sehingga 1980 dan Encik Wong Chong Wah mulai 1980.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru pula telah ditubuhkan pada tahun 1973 dan sejak itu telah bergiat aktif sehingga sekarang.

Selamat Datang ke SK (L) Bukit Bintang 2



Selamat Datang ke Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Bintang 2
..... Hak Cipta Terpelihara @2008 [SK (L) Bukit Bintang 2] - [By : Cikgu Izar].....